Saturday, December 11, 2010

melaka....dedicated to abg yusri,cikgu liza,rizal&atikah dalil

kelmarin...9 disember 2010..selepas kami habis paper terakhir pada 8 disember 2010..maka bergeraklah kami berlima ke negeri bersejarah melaka atau lebih tepatnya pekan alor gajah.
perjalanan kami ini disertai dengan cerita lucu malam sebelum itu, namun segalanya terubat bile berjaya menjalankan misi ini...kami bertolak ke melaka sekitar pukul 10.15 dan tiba di pusat pemulihan dalam komuniti seri penyayang taman kelemak alor gajah pada jam 12 tgh ari. sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh hujan yang turun renyai2..mcm lagu sudirman tu..
Hujan yg turun bagaikan air mata.. ok back to story...
sampai di sana kami disambut oleh 1,2,3,4....5 ok..im actually counting right here.jadi rombongan 5 org disambut oleh 5 org jugak..cantik an..sembang punya sembang sekali baru teringt..aku terlupa na gtau tujuan kitaorg menjalankan misi ke melaka pagi tu..ha..untuk pengetahuan semua..pemergian kami sepatutnya diikuti oleh 4 org yang lain..p 2 daripadanya menduduki exm..jap..iklan..kudoakan kejayaan mereka..eh silap..kejayaan kita semua..2 lagi lak..tau lambat..klu x mesti lagi havoc...an3?erm..kitaorg pergi demi melaksanakan program kembara harapan 2011...yang pd mulanya dirancang pada 7-9 januari..namun tarikh terbaru adalah pada 21-23 jan..alhamdulillah...
cerita lebih lanjut ttg prog tu akan diceritakan kendian..seterusnya dalam pukul 12.50 tu, kami pergi ke dataran keris..untuk menjamu selera di gerai berdekatan dengan stesyen bas alor gajah..nyum3...jam 2 lebih kami bergerak ke muzium adat istiadat melayu..dekat je ngan dataran keris tu..xyah naik kenderaan.bual2 dengan penjaganya..terima kasih diucapkan kepada beliau kerana melayan kami dengan baik sekali.
perhentian seterusnya kompleks rakan muda alor gajah melaka..sebab turning point program kami ni..hee.urusan kami di komplek ni berakhir pukul 4petang..sebelum balik,kami ke ayer paabas, untuk misi terakhir kami..bertemu keluarga salah seorg peserta rombongan tersebut yang akan diamanahkan soal makanan kami sepanjang program nnt..terima kasih ke atas sambutan yang tuan rumah berikan..
sampai di kolej jam 7malam..nanti gambarnya ye..hee

Tuesday, December 7, 2010

1 muharam 1432h

salam..
pagi ni bersama-sama beberapa orang kawan pergi ke MAB(malaysia association for the blind) dekat brickfield..ala yg little india tu..
ms lam van abg driver ckp yg melayu nya dh tiada..teringin nak cari nnt..

sampai kt MAB seramai 10 org..
2lagi dak UM datang ngn motor
qari pun dari UM
jumlah semua 13org..

prog sempena maal hijrah tu dimulakan dgn bacaan doa,alquran,ucapan dr MAB,pastu us tarmizi dr masjid jamek..mmg lawak dengar ustaz tu bg ceramah..p bole tertido lak..ni mesti penangan kul 3pagi stay kt kedai makan 4th...cakap pasal tu,entah kenapa malam tadi duk kt kafe pai 3 pagi..hee..

yg best dpt jumpa junior..aritu xsempat na lawat beliau di rumah..saudari hafizah dari setapak..kini dia kerja sebagai kerani di Pusat Jaringan Masyarakat(penganjur prog tadi)..orang buta pun dapat Malaysia Book Of Record, kumpulan pertama cacat penglihatan yang mendaki gunung tahan..kagum tgk tadi..

kami tetamu dihidangkan dengan air oren+nasi beriani+pulut kuning...sedap...
nntikan gambar ye..

Monday, December 6, 2010

tahun lalu punya cerita

tahun lepas banyak cerita menarik berlaku..
antaranya..
gf(baca gudfren) aku bertunang..
ku doakan semoga pertunangan beliau ini ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu cicit dan liang lahad(er, cam seram lak) seterusnya ke syurga.
kedua, aku buat praktikal di bahagian kerajaan tempatan, pejabat setiausaha kerajaan perak darul ridzuan
ketiga, masalah ngan peguam selesai..
keempat, dapat kaki semula..hee.rasa gembira sgt..p kegembiraan terbesar aku adalah apabila berjaya tidak membuat mak bimbang lagi..terima kasih semua family ku especially my mak, xkire dekat or jauh dan kawan-kawan xkire lama or baru..u all are my everything..
brape dah ye..
5 an..beli tiket flight sabah dan sarawak..(punya excited pai tulih kt sini)..hee
keenam...berjaya menemukan beberapa kawan lama(seronok tengok raut diorang semasa gagal mengecam satu sama lain) hehe
ketujuh..cam banyak lak..padan la kan,entry setahun tu..bercakap ngan siti nurhaliza dan ismail kamus secara live..hahah.ade k?
kelapan..drive keta kancil, ha pelik an, ape la tulis kat sini..p serius tu pun kira kenangan gak r..thanx to enchek faiz
sembilan(kolej lama aku kt UM)..my life move on to another stage..hee.

erm,penutup entry ni,marilah sama-sama sedekahkan alfatihah bt ahli keluarga, rakan, dan kaum muslimin muslimat yang telah pulang ke rahmatullah sepanjang tahun lepas..moga Allah merahmati kita semua...

maal hijrah

salam 1 muharam buat semua..
semoga urusan kita di tahun yang lalu diterima olehNya
dan semoga tahun baru ini kita lebih baik dari yang sebelumnya..
=)3

bercakap pasal tahun baru ni kan,
xlengkap kalau tak sebut pasal azam..
jd an...
ape yek azam kengkawan?

bagi aku, aku nak

  1. habiskan pengajian di UM ni
  2. berusaha membaikpulih blog yang dah nazak ni
  3. amik lesen....haish..suku abad umur pun tade lesen lagi k?hehe

Tuesday, September 8, 2009

kronologi-part 4....

askar maharaja negara matahari terbit-JEPUN


1931-Jepun menawan Manchuria

1937-Jepun menawan China

1940-Jepun menyertai pakatan menawan Indochina

7 dis 1941-Jepun menyerang Pearl Harbour-pangkalan tentera udara Amerika

12 dis-7 jan 1941-Jepun mara dari Jitra,Pulau Pinang dan Slim River

16 dis 1941-Jepun menang di Miri,Kucing,Labuan,Sandakan

25 dis1941-Jepun berjaya menapak di Sarawak

11 jan 1942-Kuala Lumpur jatuh ke tangan askar maharaja

19 jan 1942-Sabah berjaya ditawan Jepun

15 feb 1942-seluruh Tanah Melayu menjadi jajahan Jepang

oktober 1942-pasukan gerila kinabalu dibentuk

dis 1942-force 136 ditubuh bagi membebaskan Tanah Melayu

1942-KMM dibubarkan kemudian menubuhkan Giyu Gan atau PETA PEmbela Tanah Air

april 1943-Sumatera diasingkan dari Tanah Melayu

20 ogos 1943-Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan pada Siam

oktober 1943-pemberontakan Double Tenth(mungkin berkait dengan tarikh) di Sabah dilancarkan -permit makanan diperkenalkan Jepun

september 1944-memerdekakan Indonesia

mei 1945-Jerman kalah perang membawa kepada kelemahan askar kamikaze

6 ogos 1945-Hiroshima dibom nuklear

9 ogos 1945-Nagasaki dibom nuklear

15 ogos 1945-Jepun menyerah kalah

10 dis 1945-Borneo diserah semula



aku ingin menjadi...

aku ingin menjadi seBenar Abu Bakar

menjalin agung sebuah persahabatan

bersetia berkorban demi kebenaran


aku ingin menjadi segagah umar

berdiri tatkala tunduknya manusia

bersuara tatkala diamnya mereka


aku ingin menjadi seteguh Ibnu Zubair

yang sedia menahan panahan al Hajjaj

bersama si ibu tua

lantas maut dalam dakapan sejarah


aku ingin menjadi seteguh pemuda Ghiffari

menentang kezaliman walaupun diancam


aku ingin menyulam kerendahan hati Yusuff

yang memafkan saudaranya

walau bertemankan kegelapan di perigi tua


aku ingin menjadi setawakkal Ibrahim

ketika meninggalkan isteri tercinta

di bumi tandus tanpa bicara


aku ingin menyemai benih iman Al-Banna

yang merelakan tubuhnya dimamah peluru


aku ingin tersenyum seperti senyumnya Al-Qutb

ketika berdepan tali maut


lantas terukir keharuman di pusaraku

bagai harumnya pusara Ashabul Ukhdud...

doa Rasulullah buat Ibnu Abbas

nak kongsi bersama-semasa mengemas rumah sempena syawal yang akan tiba ni,tiba-tiba terjumpa buku lama semasa di sekolah..teringin nak kongsi bersama doa-doa yang dapat..
doa ini didoakan oleh Rasulullah buat saudara dan juga sahabatnya Abdullah Ibnu Abbas, tetapi untuk memudahkan pengunjung,ia ditukar untuk mudah diamal oleh kita semua..
Allahumma fakkihna fiddin,wa 'alimnat ta'wil, wahdina ila sawaa' sabila..
ya Allah,kurniakanlah kami kefahaman dalam agama, dan mampu mena'wil hukum, dan bimbinglah kami ke arah jalan yang lurus..