Tuesday, September 8, 2009

kronologi-part 4....

askar maharaja negara matahari terbit-JEPUN


1931-Jepun menawan Manchuria

1937-Jepun menawan China

1940-Jepun menyertai pakatan menawan Indochina

7 dis 1941-Jepun menyerang Pearl Harbour-pangkalan tentera udara Amerika

12 dis-7 jan 1941-Jepun mara dari Jitra,Pulau Pinang dan Slim River

16 dis 1941-Jepun menang di Miri,Kucing,Labuan,Sandakan

25 dis1941-Jepun berjaya menapak di Sarawak

11 jan 1942-Kuala Lumpur jatuh ke tangan askar maharaja

19 jan 1942-Sabah berjaya ditawan Jepun

15 feb 1942-seluruh Tanah Melayu menjadi jajahan Jepang

oktober 1942-pasukan gerila kinabalu dibentuk

dis 1942-force 136 ditubuh bagi membebaskan Tanah Melayu

1942-KMM dibubarkan kemudian menubuhkan Giyu Gan atau PETA PEmbela Tanah Air

april 1943-Sumatera diasingkan dari Tanah Melayu

20 ogos 1943-Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan pada Siam

oktober 1943-pemberontakan Double Tenth(mungkin berkait dengan tarikh) di Sabah dilancarkan -permit makanan diperkenalkan Jepun

september 1944-memerdekakan Indonesia

mei 1945-Jerman kalah perang membawa kepada kelemahan askar kamikaze

6 ogos 1945-Hiroshima dibom nuklear

9 ogos 1945-Nagasaki dibom nuklear

15 ogos 1945-Jepun menyerah kalah

10 dis 1945-Borneo diserah semula



aku ingin menjadi...

aku ingin menjadi seBenar Abu Bakar

menjalin agung sebuah persahabatan

bersetia berkorban demi kebenaran


aku ingin menjadi segagah umar

berdiri tatkala tunduknya manusia

bersuara tatkala diamnya mereka


aku ingin menjadi seteguh Ibnu Zubair

yang sedia menahan panahan al Hajjaj

bersama si ibu tua

lantas maut dalam dakapan sejarah


aku ingin menjadi seteguh pemuda Ghiffari

menentang kezaliman walaupun diancam


aku ingin menyulam kerendahan hati Yusuff

yang memafkan saudaranya

walau bertemankan kegelapan di perigi tua


aku ingin menjadi setawakkal Ibrahim

ketika meninggalkan isteri tercinta

di bumi tandus tanpa bicara


aku ingin menyemai benih iman Al-Banna

yang merelakan tubuhnya dimamah peluru


aku ingin tersenyum seperti senyumnya Al-Qutb

ketika berdepan tali maut


lantas terukir keharuman di pusaraku

bagai harumnya pusara Ashabul Ukhdud...

doa Rasulullah buat Ibnu Abbas

nak kongsi bersama-semasa mengemas rumah sempena syawal yang akan tiba ni,tiba-tiba terjumpa buku lama semasa di sekolah..teringin nak kongsi bersama doa-doa yang dapat..
doa ini didoakan oleh Rasulullah buat saudara dan juga sahabatnya Abdullah Ibnu Abbas, tetapi untuk memudahkan pengunjung,ia ditukar untuk mudah diamal oleh kita semua..
Allahumma fakkihna fiddin,wa 'alimnat ta'wil, wahdina ila sawaa' sabila..
ya Allah,kurniakanlah kami kefahaman dalam agama, dan mampu mena'wil hukum, dan bimbinglah kami ke arah jalan yang lurus..